Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasar raya musnah dalam kebakaran

KEBAKARAN yang memusnahkan sebuah pasar raya di Jalan Labuk Batu 8, di Sandakan, awal pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba Sandakan.
KEBAKARAN yang memusnahkan sebuah pasar raya di Jalan Labuk Batu 8, di Sandakan, awal pagi tadi. – Foto Ihsan Bomba Sandakan.

SANDAKAN: Sebuah pasar raya di Jalan Labuk Batu 8, di sini, musnah sama sekali dalam kebakaran, awal pagi tadi. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian bermula jam 4.45 pagi itu.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.53 pagi sebelum menghantar 27 anggota bersama lima jentera ke lokasi.

Katanya, anggota bomba berdepan kesukaran melakukan pemadaman susulan tekanan air yang rendah daripada tangki jentera dan pili bomba.

“Kebakaran hanya dapat dikawal pada jam 5.45 pagi.

Punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya di sini, sebentar tadi. – BH Online

KEBAKARAN yang memusnahkan sebuah pasar raya di Jalan Labuk Batu 8, di Sandakan, awal pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba Sandakan.
KEBAKARAN yang memusnahkan sebuah pasar raya di Jalan Labuk Batu 8, di Sandakan, awal pagi tadi. – Foto Ihsan Bomba Sandakan.
KEBAKARAN yang memusnahkan sebuah pasar raya di Jalan Labuk Batu 8, di Sandakan, awal pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba Sandakan.
KEBAKARAN yang memusnahkan sebuah pasar raya di Jalan Labuk Batu 8, di Sandakan, awal pagi tadi. – Foto Ihsan Bomba Sandakan.

Komen


Berita Berkaitan