Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pasar raya G-Mart Ranau terbakar

9:41pm 15/05/2016 Leolerry Lajius 992 views Tempatan
Keadaan bangunan berkenaan ketika kejadian.

Keadaan bangunan berkenaan ketika kejadian.

RANAU: Bangunan tingkat atas Pasar raya G-Mart Ranau musnah dan bahagian aras bawah  pula terbakar 70 peratus dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 5.19 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 4 kilometer itu pada jam 5.28 pagi.

Pihak bomba mendapatkan sumber air dari pili bomba sejauh 300 meter dari bangunan tersebut untuk memadam kebakaran dan turut menghadapi kesukaran kerana tekanan air dari pili bomba rendah.

Jentera Water Tanker dari Kota Marudu dan jentera bantuan (FRT) dari Tuaran turut diarah untuk bantuan operasi pemadaman.

Operasi pemadaman tamat pada jam 12.37 tengah hari.Punca dan nilai kerugian dalam kejadian tersebut masih disiasat. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan