Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasar raya dilarang buang makanan tidak terjual

gambar hiasan
gambar hiasan

Paris: Pasar raya di Perancis kini dilarang membuang atau merosakkan makanan yang tidak terjual.

Mereka sebaliknya dimestikan menderma makanan yang tidak dikehendaki itu kepada badan kebajikan dan bank makanan.

Undang-undang baru itu diluluskan sebulat suara oleh Parlimen Perancis selepas petisyen dilancarkan oleh kaunselor daerah Courbevoi, Arash Derambarsh.

Syarikat yang melanggar undang-undang berkenaan berdepan dengan denda sehingga 75,000 Euro (RM348,000) atau penjara dua tahun.

Sudah menjadi kebiasaan beberapa pasar raya menuangkan peluntur kepada makanan yang tidak terjual selepas tamat tempohnya sebagai cara untuk membuangnya.

Derambarsh berkata, dia kini berusaha untuk memastikan undang-undang berkenaan diluaskan ke negara Kesatuan Eropah (EU).

“Langkah selanjutnya ialah meminta Presiden Francois Hollande mendesak Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker untuk meluaskan undang-undang ini ke seluruh EU,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan