Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,686

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pasar Malam Berhampiran Pejabat Pos Sandakan Dibuka Semula Esok

7:36pm 21/06/2016 Pak Roshan 1288 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sandakan,Tempatan

pasar-malam2

SANDAKAN : Pasar Malam berhampiran Pejabat Pos Bandar Sandakan akan dibuka semula esok setelah ditutup sejak 5 Mei lepas disebabkan masalah kebersihan.

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar berkata hanya 11 peniaga di pasar malam itu dibenarkan berniaga semula esok manakala empat lagi tidak dibenarkan kerana belum mematuhi 10 aspek ditetapkan pihaknya dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Katanya aspek tersebut yang dipersetujui bersama dengan peniaga adalah perlu ada sumber air bersih, pemasangan perangkap minyak, menambah baik lantai, tong sampah bertutup, tempat makanan dihidang bertutup, sistem kawalan lipas, tikus dan lalat dan kad kesihatan.

Menurutnya empat peniaga berkenaan hanya akan dibenarkan beroperasi semula setelah mematuhi aspek yang ditetapkan itu

“Biarpun dibuka semula esok, pihak kami dan MPS akan memantau tahap kebersihan di pasar malam terus dipatuhi.

“Jika ada peniaga yang leka dan tidak mematuhi aspek yang ditetapkan, mereka boleh dikenakan kompaun dan tidak dibenarkan berniaga,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke kawasan pasar malam itu, Selasa.

Pasar malam tersebut adalah terawal beroperasi di Bandar Sandakan dan terkenal dengan gerai menjual makanan tempatan.

Dr Johari berkata pihaknya juga akan mencadangkan kepada MPS untuk melakukan kerja pembersihan di pasar malam itu sekali dalam sebulan khususnya untuk mengawal pembiakan tikus dan lipas.

Katanya penguatkuasaan kebersihan dilakukan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan