Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasar baharu Pekan Semporna RM1juta siap sepenuhnya

Kawasan pasar ikan dan sayur Pekan Semporna yang baharu di Kampung Selamat, Semporna.
Kawasan pasar ikan dan sayur Pekan Semporna yang baharu di Kampung Selamat, Semporna.

SEMPORNA – Pasar Pekan Semporna dua blok yang baharu siap bernilai RM1 juta, menyediakan sebanyak 25 buah meja berkembar bagi menempatkan peniaga-peniaga ikan dan sayur di pasar tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Nasir Sakaran berkata, kemudahan di pasar baharu itu diharap dapat memberikan keselesaan kepada para peniaga mahupun orang ramai.

Terdahulu, Nasir diberikan taklimat ringkas mengenai pembinaan Pasar Baharu Pekan Semporna oleh Pegawai Daerah Semporna, Dr. Chacho Bullah sempena lawatan rasmi ke kawasan pasar baharu itu di Kampung Selamat.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Penolong Pegawai Daerah(Pentadbiran), Awang Yussof Awang Ali; Ketua Daerah Semporna, Musa Sabaani; Pegawai Kemajuan Masyarakat, Roslan Jalaludin serta kakitangan Pejabat ADUN Senallang. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan