Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,793

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pasangan warga emas Gudon akan sentiasa dibantu

3:36pm 21/06/2016 Leolerry Lajius 322 views Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
Jainab menyerahkan replika kunci kepada Liew Yun Pin.-Gambar Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Jainab menyerahkan replika kunci kepada Liew Yun Pin.-Gambar Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

KOTA KINABALU: Pasangan warga emas Kong Nyuk Hiong, 70 dan Liew Yun Pin, 79, yang tinggal di Kampung Gudon Manggatal terus mendapat perhatian pihak berwajib.

Kes pasangan warga emas ini telah diviralkan di dalam laman sosial sebelum ini oleh sesetengah pihak yang menyatakan pihak Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) tidak membantu pasangan warga emas tersebut.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Hajah Jainab Hj Ahmad Ayid berkata, dakwaan berkenaan adalah tidak benar kerana pihak JPKA telah meluluskan Bantuan Orang Tua kepada Kong Nyuk Hiong sebanyak RM300.00 sebulan sejak Mac tahun 2010.

“Kita akan terus membantu pasangan warga emas ini termasuk akan mencari langkah penyelesaian bagi kes kecurian yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab di rumah mereka.”

“Rukun tetangga juga sentiasa membuat pemantauan di rumah pasangan ini pada waktu malam namun mengikut pasangan ini kes kecurian tersebut berlaku pada waktu siang ketika mereka keluar dari rumah,”katanya kepada media sempena majlis penyerahan kunci rumah kepada pasangan berkenaan.

Pasangan ini bekerja sebagai penjual tebu mentah yang diperolehi dari sekitar kawasan kampung tetapi pendapatan mereka tidak mencukupi ditambah dengan kekangan umur serta tahap kesihatan yang kurang memuaskan.

Pasangan warga emas ini juga pernah dipujuk untuk ditempatkan ke Rumah Warga Tua Kinarut kerana keadaan rumah yang uzur serta membahayakan namun pasangan tersebut enggan berpindah.

Oleh itu, pihak jabatan telah mengambil langkah meluluskan geran Projek Pembangunan Sosial berjumlah RM9850.00 bagi kerja-kerja baik pulih rumah pasangan berkenaan agar selesa dan selamat untuk didiami.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan