Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasangan warga emas daif hidup menderita selama 70 tahun

Keadaan dapur pasangan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin
Keadaan dapur pasangan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

 

Jainab menyampaikn sumbangan kepada pasangan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin
Jainab menyampaikn sumbangan kepada pasangan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Tidur berlantaikan tanah tanpa sebarang kemudahan asas malah turut diancam bahaya dan terpaksa berhadapan dengan situasi peralatan dan makanan yang diperolehi sentiasa dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Demikianlah nasib sepasang suami isteri Liew Yun Pin, 80 dan isterinya, Kong Nyuk Hiong, 71 yang terpaksa melalui keperitan hidup sejak 70 tahun yang lalu dengan tinggal di sebuah rumah usang di Kampung Bondulon, Manggatal.

Untuk mencari rezeki dan menyara isterinya yang menderita penyakit jantung Liew terpaksa menjaja ubat herba yang dibuatnya sendiri di sekitar Kota Kinabalu setiap hari.

“Saya terpaksa tinggalkan dia bersendirian di rumah semata-mata untuk cari rezeki. Saya perlu menaiki bas dan berjalan kaki untuk menjual ubat herba yang diperbuat daripada halia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Lebih mengharukan, suasana Tahun Baru Cina juga tidak pernah dirasai oleh pasangan itu seperti keluarga yang lain.

“Untuk membeli makanan seharian pun susah apatah lagi untuk membeli barangan keperluan bagi menyambut Tahun Baru Cina. Barang makanan yang dibeli dan disumbangkan oleh orang ramai juga sering kali dicuri,” jelasnya.

Nasib malang pasangan suami isteri itu telah mendapat perhatian Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid yang turun padang bersama pelbagai agensi kerajaan bagi membantu pasangan tersebut.

“Di pihak kementerian, saya memandang serius masalah ini dan antara perkara pertama yang  akan dilakukan adalah memujuk dan membawa pasangan suami isteri ini untuk tinggal di rumah orang-orang tua,”katanya ketika membuat kunjungan ke atas keluarga tersebut petang tadi.

Menurut beliau, tindakan itu adalah perlu bagi memastikan kebajikan pasangan tersebut sentiasa terjaga memandangkan si isteri mempunyai masalah kesihatan yang agak teruk dan juga faktor usia pasangan tersebut.

Tambah beliau, keluarga tersebut sebenarnya mendapat bantuan kewangan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 2009, tetapi kehidupan mereka bertambah perit apabila barang yang dibeli atau disumbangkan orang ramai kerap kali dicuri orang.

“Pasangan ini tidak mempunyai anak dan hanya mempunyai seorang adik dan anak saudara namun mereka tidak pernah tinggal bersama dan kita merasakan mereka patut diberikan perlindungan,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

1455097636194
Jainab beramah mesra dengan Liew ketika melawat pasangan tersebut
Liew berdiri di hadapan rumahnya.-Gambar Oleh Alex Mairin
Liew berdiri di hadapan rumahnya.-Gambar Oleh Alex Mairin
Kedaan rumah pasangan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin
Kedaan rumah pasangan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan