Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pasangan tipu tawan Everest

9:25am 05/07/2016 Pak Roshan 3694 views Global
RATHOD (kanan) dan isterinya mendakwa mereka berjaya tiba di puncak Everest.

RATHOD (kanan) dan isterinya mendakwa mereka berjaya tiba di puncak Everest.

Kathmandu: Kerajaan Nepal menyiasat dakwaan yang mengatakan sepasang suami isteri dari India mengubah suai gambar untuk menunjukkan mereka kononnya berada di puncak Gunung Everest.

Ketua Jabatan Pelancongan Nepal, Sudarshan Dhakal berkata semalam, pihak berkuasa mengkaji semula dakwaan oleh Rathod dan isteri, Tarakeshwari yang mendakwa mereka tiba di puncak berkenaan pada 21 Mei lalu.

Pasangan itu diberikan sijil pendakian oleh kerajaan Nepal selepas menunjukkan gambar mereka di puncak setinggi 8,850 meter itu.

Bagaimanapun rakan pendaki mereka mendakwa pasangan itu tidak sampai ke puncak Everest dan menggunakan gambar orang lain untuk mendapatkan sijil berkenaan.

Jika tuduhan itu didapati benar, sijil yang dikeluarkan kepada mereka akan ditarik balik dan pasangan itu diharamkan mendaki semua gunung di Nepal pada masa akan datang. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan