Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasangan suami isteri positif dadah antara ditahan dalam Ops Tapis

KENINGAU – Sepasang suami isteri yang didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamines adalah antara yang ditahan dalam dalam Ops Tapis di sekitar kawasan Kim Loong dan Kampung Karamatoi, Sook, semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Taong berkata, dalam operasi selama empat jam itu juga, polis turut menahan empat lagi suspek berusia antara 26 hingga 31 tahun, disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, dengan tertangkapnya kesemua suspek itu, pihak polis yakin dapat menumpaskan satu lagi kegiatan penyalahgunaan dadah di sekitar daerah berkenaan.

“Bertindak atas maklumat awam, operasi tersebut dibuat bermula pada pukul 12.00 tengahari hingga 4 petang pada hari tersebut. Tangkapan demi tangkapan terhadap beberapa individu berkaitan penyalahgunaan dadah di sekitar daerah ini sejak kebelakangan ini adalah hasil dari maklumat awam,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, di sini hari ini.

Dalam operasi itu, Douglas memberitahu, turut dirampas adalah dadah jenis syabu seberat 0.60 gram dan kesemua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamines.

Jelas beliau lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya ADB 1952 dan jika sabit kesalahan boleh denda tidak lebih RM5,000 atau RM10,000 atau penjara tidak lebih lima dan dua tahun atau kedua-duanya sekali. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan