Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pasangan Suami Isteri Ditahan Kerana Disyaki Dera Anak

8:38pm 21/03/2016 Pak Roshan 885 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

LABUAN : Polis menahan sepasang suami isteri awal bulan ini bagi membantu siasatan berhubung penderaan anak lelaki mereka yang berusia 17 bulan.

Pasangan menganggur itu ditangkap di rumah mereka di Kampung Kerupang pada kira-kira 4.30 petang, 9 Mac lepas.

Mereka ditangkap dua hari selepas datuk kanak-kanak itu membuat laporan polis berhubung dakwaan penderaan itu.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman memberitahu sidang berita di sini, hari ini bahawa pemeriksaan perubatan terhadap mangsa menemui kesan terbakar pada mata kiri dan tangan kanannya serta lebam pada tubuhnya yang berpunca daripada objek tumpul.

Beliau berkata pasangan itu dibebaskan dengan jaminan polis.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan