Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pasangan sorok syabu di rumah tumpangan

4:46pm 18/06/2016 Pak Roshan 1470 views Jenayah,Mutakhir
????????????????????????????????????

MUSTAFFA Maarof Mustafa (tengah) bersama Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Asisten Superintendan, Ederian Masaat (kiri) dan Inspektor Firdaus Baharuddin (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas dalam Ops Bersepadu Ramadan, malam tadi. – Foto Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki bersama pasangannya dan merampas dadah jenis syabu seberat 155.69 gram dianggar bernilai RM17,000 dalam bilik di sebuah rumah tumpangan di Jalan Masjid dekat sini, malam tadi.

Pasangan itu ditahan jam 12.10 tengah malam tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) bersama Strike Team (ST) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menerusi Ops Bersepadu Ramadan di rumah tumpangan dan hotel bajet sekitar daerah ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Mustaffa Maarof Mustafa, berkata pemeriksaan dalam bilik disewa pasangan itu menemui satu paket plastik lutsinar serta dua bungkusan mengandungi ketulan hablur jernih disyaki syabu.

Katanya, suspek warga Indonesia berumur 29 tahun itu turut positif dadah, sementara pasangannya iaitu wanita tempatan berumur 22 tahun didapati negatif.

“Berdasarkan jumlah dadah yang dirampas, polis percaya kedua-dua suspek disyaki berperanan sebagai pengedar dadah untuk dipasarkan sekitar daerah ini.

“Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang media di IPD Tawau, sebentar tadi.   – BH Online

hotel

PASANGAN yang ditahan dalam bilik di sebuah rumah tumpangan pada Ops Bersepadu Ramadan di Tawau, malam tadi.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan