Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasangan kurang ajar!

jose2.jpg.transformed

Tampa (Florida): Seorang lelaki yang didapati bersalah melakukan hubungan seks di pantai awam di Florida serta di depan kanak-kanak dihukum penjara dua setengah tahun, semalam.

Jose Caballero, 40, ditahan di Pantai Bradenton, Florida, Julai lalu, selepas pengunjung pantai membuat aduan mengenai perbuatannya meraba sebelum melakukan seks dengan seorang wanita di pantai itu, ketika tengah hari.

Menurut laporan polis yang dikemukakan kepada mahkamah, seorang budak perempuan berusia tiga tahun juga melihat kejadian itu malah ada saksi yang merakam perbuatan mereka.

Pembantu Peguam Negeri Anthony Dafonseca berkata Caballero yang pernah dipenjara lapan tahun kerana kesalahan dadah, boleh dihukum sehingga 15 tahun bagi kesalahan itu.

Lelaki itu dan wanita yang melakukan seks dengannya, Elissa Alvarez, 21, didapati bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh di depan kanak-kanak dan perlu mendaftar sebagai pesalah seks.

Menurut Dafonseca, Alvarez dibebaskan kerana hukuman penjaranya sama dengan jumlah hari dia ditahan ketika siasatan. – Reuters/HMetro

Komen


Berita Berkaitan