Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasangan Kembar Yang Lahir Beza 2 Bulan

kembar beza bulan

Romania – Mereka pasangan kembar, namun kedua-duanya tidak lahir pada hari yang sama, sebaliknya berpisah selama hampir dua bulan dalam kes yang disifatkan doktor sebagai menakjubkan.

Bayi kembar ini dilahirkan oleh seorang wanita berusia 41 tahun. Bayi pertamanya dilahirkan pada bulan November 2014 manakala kembarnya pula lahir pada Januari 2015.

Meskipun bayi perempuan ini kembar, namun dilahirkan dalam dua tahun yang berbeza.

ibu

Kembar pertama dilahirkan secara normal dan ketika itu doktor menunggu kelahirkan bayi kembar kedua dalam masa beberapa minit.

Namun menakjubkan apabila kesakitan yang dialami wanita itu berhenti.

Akhirnya bayi kembar itu lahir pada bulan Januari melalui pembedahan Caesarean di hospital di Bucharest.

“Ia amat jarang berlaku namun ini semua kuasa Tuhan,’’ kata doktor yang terlibat dalam merawat ibu tersebut, Dr Adrian Sorin Crăciun.

Kembar itu dilahirkan dengan berat masing masing 900 gram dan kurang satu kilogram.

Mereka tinggal di hospital sehingga penghujung Januari dan apabila dibenarkan pulang, berat kembar itu sudah mencecah 2.2 kg dan 2.9 kg.

Komen


Berita Berkaitan