Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasangan kekasih ditahan, hampir 10kg syabu dirampas di Penampang

Ramli (tengah) menunjukkan dadah di dalam bungkusan plasti berwarna perak yang dirampas di rumah suspek.

 

Kota Kinabalu : Polis menahan dua orang termasuk seorang wanita warga China dipercayai pasangan kekasih untuk reman tujuh hari bagi membantu kes penemuan pelbagai dadah jenis syabu, ketamin dan pil ekstasi bernilai kira kira RM750,000 di Penampang, Sabah, pagi semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata kejayaan itu hasil pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan dan sebuah unit kondominium di Penampang pagi semalam yang membawa kepada penemuan lebih 10 kilogram dadah jenis syabu, 188 biji pil ekstasi dan dua paket plastik dipercayai mengandungi dadah jenis ketamin.

Turut ditemui wang tunai berjumlah RM155,000.

Ramli (tengah) menunjukkan dadah di dalam bungkusan plasti berwarna perak yang dirampas di rumah suspek.
Ramli (tengah) menunjukkan dadah di dalam bungkusan plasti berwarna perak yang dirampas di rumah suspek.

Komen


Berita Berkaitan