Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasangan kekasih ditahan bantu kes bayi mati didera

pasangan kekasih ditahan

Shah Alam: Seorang remaja perempuan dan kekasihnya ditahan polis di Hospital Kuala Kangsar, Perak, Ahad lalu selepas disyaki mendera sehingga menyebabkan kematian bayi lelakinya yang berusia 15 bulan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, pasangan masing-masing berusia 33 dan 16 tahun terbabit ditahan sejurus polis menerima laporan bedah siasat daripada hospital yang mengesyaki mangsa didera.

Difahamkan, remaja perempuan itu dalam perjalanan ke kampung halamannya di Pulau Pinang bersama bayi dan kekasihnya namun berhenti di satu kawasan berhampiran Kuala Kangsar untuk memberikan susu kepada anaknya itu.

Bagaimanapun, bayi itu tidak sedarkan diri menyebabkan mereka bergegas ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan kecemasan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, bayi itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas 15 minit mendapatkan rawatan. “Ibu mangsa kemudian membuat laporan kematian anaknya di balai polis berdekatan, sementara pihak hospital menjalankan bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian,” katanya selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.

Mohd Adnan berkata, hasil bedah siasat, pihak hospital mendapati terdapat unsur jenayah kerana ada kesan luka dalam perut dipercayai akibat hentakan benda tumpul.

Komen


Berita Berkaitan