Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pasangan kekasih dipenjara dua tahun

courtkkss

KOTA KINABALU: Sepasang kekasih hari ini dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mereka mengaku bersalah mencuri di sebuah pasaraya di Kolombong.

Tertuduh Azman Awang Damit, 40, dan pasangannya, seorang wanita warga asing Jecelle Montano, 18, diperintahkan oleh Majistret Mohd Faiz Omar untuk menjalani hukuman itu berkuatkuasa tarikh mereka ditangkap iaitu pada 7 Januari lepas.

Menurut fakta kes, kedua-dua tertuduh didakwa mencuri dua botol minyak wangi, pakaian blaus dan jaket yang nilai keseluruhannya berjumlah RM182.17 pada jam 5.00 petang di pasaraya besar Giant Kolombong, Inanam.

Azman dan Jecelle bagaimanapun ditangkap oleh pengawal keselamatan pasaraya berkenaan yang melihat perbuatan tertuduh melalui rakaman kamera litar tertutup.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, mahkamah juga memerintahkan agar Jecelle dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya, apabila selesai menjalani hukuman.

courtkkPendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Syahrin Ali, manakala Azman dan Jecelle tidak diwakili peguam. – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

courtkk

Komen


Berita Berkaitan