Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pasangan dikecam letak bayi di cenuram

11:23am 17/11/2016 Pak Roshan 350 views Global
GAMBAR yang viral di Arab Saudi menunjukkan bayi berkenaan diletakkan di cenuram sebuah gunung berhampiran Makkah. - Agensi

GAMBAR yang viral di Arab Saudi menunjukkan bayi berkenaan diletakkan di cenuram sebuah gunung berhampiran Makkah. – Agensi

Makkah: Sepasang suami isteri dikecam di media sosial selepas memuat naik gambar bayi mereka yang diletakkan di cenuram sebuah gunung.

Gambar itu dirakam di Dikkat Al Al Halwani, sebuah destinasi popular di puncak Gunung Al Hada yang di bawahnya lebuh raya Makkah, di barat Arab Saudi.

Menurut laman web Al-Marsad, pasangan yang tidak dinamakan itu dikritik sebaik gambar itu viral.

Pengguna media sosial menuduh mereka sengaja membahayakan nyawa bayi itu semata-mata mahu merakam gambar berkenaan dan menarik tumpuan.

Ada yang menggesa pihak berkuasa memenjarakan pasangan itu atas alasan mencabuli nyawa kanak-kanak.

Seorang pengguna yang menamakan dirinya Salem menulis: “Ini perbuatan tidak bertanggungjawab. Mereka yang di sebalik gambar ini perlu dihukum.”

Seorang lagi menulis: “Ibu bapa bayi ini tidak tahu bersyukur selepas memperoleh anak. Mereka perlu dipenjarakan.” – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan