Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pasang perangkap buaya di Sungai Kinabatangan

2:19pm 18/02/2016 Pak Roshan 2192 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
MANGSA, Munir Sahid ditemui terapung di Sungai Kinabatangan dipercayai dibaham buaya. - Foto ihsan pembaca

MANGSA, Munir Sahid ditemui terapung di Sungai Kinabatangan dipercayai dibaham buaya. – Foto ihsan pembaca

KINABATANGAN: Jabatan Hidupan Liar akan memasang perangkap buaya di Sungai Kinabatangan dekat Kampung Bilit, di sini, bagi menangkap reptilia itu yang dipercayai menyerang seorang lelaki, Selasa lalu.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar Kinabatangan, Jimli Perijin, berkata ia kes pertama membabitkan serangan buaya di kawasan berkenaan dan pihaknya akan memasang perangkap terbabit dalam usaha mengelak insiden berulang.

Bagaimanapun, katanya, sukar untuk memastikan jika buaya yang masuk ke dalam perangkap terbabit adalah reptilia sama yang menyerang mangsa. “Sungai Kinabatangan adalah habitat buaya.

Kita akan pasang perangkap, cuma tak pasti jika buaya yang ditangkap itu adalah yang sama mencederakan mangsa,” katanya kepada BH.

Dalam kejadian jam 3 petang Selasa lalu, mayat Munir Sahid, 44, ditemui dengan kesan kecederaan pada tengkuk dan paha, dipercayai dibaham buaya di Sungai Kinabatangan, berhampiran Kampung Bilit, kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

Sebelum itu, mangsa keluar sendirian menaiki bot ke hulu sungai, kira-kira 15 minit perjalanan dari jeti Kampung Bilit untuk memeriksa perangkap udang dipasangnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Asisten Superintendan Marcos Andy Lawrence Muhi, mengesahkan mangsa diserang buaya berdasarkan laporan bedah siasat yang menunjukkan kesan gigitan reptilia itu.

Bagaimanapun, katanya, punca kematian mangsa adalah lemas. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan