Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PAS Tanding Lapan Kerusi Parlimen, 18 DUN Di Sabah

KOTA KINABALU – PAS akan bertanding lapan kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Ini bermakna PAS menambah enam kerusi Parlimen dan sembilan lagi kerusi DUN yang akan ditandingi parti itu berbanding pada PRU13 lalu iaitu dua Parlimen dan sembilan DUN, selain menampilkan 17 muka baharu.

Pada sidang akhbar bagi mengumumkan calon PAS di sini hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata untuk pertama kali di Sabah, PAS menampilkan seorang calon bukan Islam.

Calon itu iaitu Satail Majungkat, 60, yang beragama Kristian Sidang Injil Borneo, menjadi anggota PAS sejak lapan tahun lalu dan akan bertanding bagi kerusi DUN Kadamaian.

Abdul Hadi berkata PAS juga meletakkan dua calon wanita pada PRU14 iaitu Norsah Bongsu, 47, muka baharu bagi Parlimen Batu Sapi dan DUN Karamunting, serta Dausieh Queck @ Paraman, 38 bagi DUN Pitas.

Calon termuda PAS berumur 26 tahun iaitu Jumaidin Lakalla, pula bertanding bagi kerusi DUN Kuamut. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan