Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,510

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pas lawatan Kiulu diperkenalkan

4:24pm 28/03/2017 Leolerry Lajius 621 views Tempatan

JONISTON (tujuh kanan), Abu Bakar (tujuh kiri) dan Mahadi (enam kiri) serta tetamu kehormat lain menunjukkan tanda bagus selepas melancarkan mercu tanda Kiulu.-Gambar Oleh Alex Mairin

TUARAN: Pas Lawatan Kiulu yang sah digunakan selama setahun diperkenalkan kepada orang ramai yang boleh memberikan manfaat kepada mereka yang memilikinya.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, pas berkenaan diperkenalkan oleh Persatuan Pelancongan Kiulu dengan harapan untuk mempromosikan Pekan Kiulu sebagai salah satu destinasi pelancongan yang mampu menarik pelancong diperingkat domestik dan antarabangsa.

“Setiap destinasi akan diberikan tawaran harga yang istimewa dan pemegang pas itu sah selama satu tahun,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media selepas merasmikan pelancaran mercu tanda selamat datang ke Kiulu dan Pas Lawatan Kiulu di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan, inisiatif ini diharapkan dapat menggalakkan lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa untuk datang ke destinasi-destinasi pelancongan di Kiulu.

“Pelancaran pas ini juga tepat pada masanya memandangkan bulan April adalah bulan melawat Kiulu 2017.”

“Sempena dengan bulan itu, pelbagai aktiviti tradisional diadakan disamping mampu memperkasakan ekonomi masyarakat setempat di pekan itu, “katanya.

Tambah beliau, pihaknya juga mencadangkan agar setiap daerah atau pekan perlu diadakan bulan melawat seperti yang dilaksanakan di Kiulu.

“Pada bulan Mei nanti, kawasan Kadamaian, Kota Belud akan menjadi destinasi seterusnya untuk program seumpamanya dan diikuti kawasan-kawasan lain,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Joniston berkata, mercu tanda baharu itu adalah satu cara untuk memperkenalkan Kiulu di pentas dunia dengan kepelbagaian aktiviti yang boleh diadakan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu berkata, Kiulu kini mempunyai banyak produk pelancongan yang semakin popular dalam kalangan pelancong selain terkenal dengan sistem tagalnya dengan hidupan-hidupan sungai seperti ikan Pelian.

“Saya berterima kasih kepada Warisan Harta Sdn Bhd dan Common Tower Technologies Sdn Bhd kerana melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR), mereka telah membantu dalam membina mercu tanda Kiulu.

“Saya juga akan berbincang dengan syarikat itu agar sekali lagi membantu untuk membuat satu lagi mercu tanda di kawasan Kiulu ini iaitu mercu tanda Ikan Pelian,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Warisan Harta Sdn Bhd Datuk Abu Bakar @ Wahab Abas dan Ketua Pegawai Eksekutif Common Tower Technologies Sdn Bhd Dr Mahadi Harris Murshidi./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan