Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PAS, DAP Perlu Selesaikan Pertikaian Sebelum 10 Feb

pkr

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta PAS dan DAP berbincang dan menyelesaikan pertikaian berhubung pilihan raya kerajaan tempatan dan pelaksanaan hukum hudud sebelum 10 Februari – tarikh Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusannya berhubung rayuan terakhir beliau dalam kes sodominya.

“Saya merayu kepada mereka agar membawanya (isu itu) ke meja rundingan, dan saya harap mereka dapat menetapkan tarikh sebelum 10 Feb.

“Saya sedang menghubungi mereka tetapi masalahnya kami belum mencapai persetujuan tentang tarikh,” katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Islam Rahmatan Lil’ Alamin bersempena Perhimpunan Belia Antarabangsa ke-12 di sini pada Ahad.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap hukuman penjara lima tahun ke atasnya selepas disabitkan kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan