Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,685

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Parti pembangkang Sabah gagal tunai janji

11:36am 06/10/2016 Pak Roshan 234 views Berita Pilihan,Mutakhir,Politik,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Datuk Seri Musa Aman

Datuk Seri Musa Aman

KOTA KINABALU: Tindakan pemimpin utama PKR dan DAP di Sabah keluar parti adalah kerana parti pembangkang tidak dapat menunaikan janji.

‎Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata pemimpin pembangkang sudah lama tidak berpuas hati dan hanya menunggu masa untuk meninggalkan parti.

“Mereka (pemimpin pembangkang Sabah) sudah lama tidak berpuas hati kerana diabaikan oleh kepemimpinan pusat.

“Pakatan seperti Pakatan Harapan tidak boleh mendapatkan tempat kepada mereka yang membawa kepada perbalahan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan ahlinya.

“Akhirnya orang yang menyokong dan meletakkan harapan terhadap mereka (pembangkang) yang menderita,” katanya dalam kenyataannya di sini, sebentar tadi.

Sehubungan itu, Musa berkata, rakyat perlu membuka mata dan berhati-hati terhadap pemimpin yang mempunyai ideologi politik berbeza.

Ahad lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Junz Wong daripada DAP Sabah bersama Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin dan seorang lagi pemimpin PKR iaitu ADUN Moyog, Terence Siambun mengisytiharkan keluar parti.

Turut meninggalkan parti, Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan