Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Parti LDP keluar Barisan Nasional serta-merta

TEO (tengah) dalam sidang medianya malam tadi. – Foto Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli

 

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar LDP di Kota Kinabalu, Sabah malam tadi.

Presiden LDP, Datuk Teo Chee Kang berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di mana rakyat telah menolak BN.

LDP juga tewas di kesemua 5 kerusi ditandingi di Sabah iaitu di Parlimen Sandakan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Kapor, DUN Merotai, DUN Karamunting dan DUN Likas.

Teo juga  mempertimbangkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden LDP yang dipegangnya sejak 2014 pada pemilihan parti tahun ini.

“Dalam mesyuarat tergembar kita sebentar tadi, LDP telah mengambil keputusan untuk keluar daripada BN.

“Hal ini, bermakna, kami akan berdiri sebagai parti yang tidak terikat dengan mana-mana gabungan dan teruskan berjuang sejajar dengan teras perjuangan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di ibu pejabat LDP, hari ini. – Awani Online

Komen


Berita Berkaitan