Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Parti baru tidak menggugat Sabah sebagai kubu kuat BN

8:15am 22/08/2016 Leolerry Lajius 900 views Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Zahid (tengah) bersama para pemimpin UMNO bahagian zon lima

Zahid (tiga kiri) bersama para pemimpin UMNO bahagian zon lima

SANDAKAN: Solidariti dan kesepaduan dalam kalangan ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi platform utama negeri ini akan terus menjadi kubu kuat Umno dan BN.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Sabah telah menunjukkan prestasi yang baik untuk terus menjadi kubu kuat BN.

“Kalau kita bersatu-padu, biarlah apa pun yang datang, tokoh apa pun yang datang kita tidak akan tergugat kerana cabaran itu mampu dihadapi asalkan kita bersama-sama bersatu hati,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan persidangan perwakilan serentak Umno Zon Lima Sabah yang membabitkan Umno Bahagian Libaran, Sandakan, Batu Sapi, Beluran dan Kinabatangan, di sini, kelmarin.

MESRA... Zahid dan Musa bersalaman dengan para ahli UMNO yang hadir dalam mesyuarat tersebut

MESRA… Zahid dan Musa bersalaman dengan para ahli UMNO yang hadir dalam mesyuarat tersebut

Ahmad Zahid turut mengingatkan semua anggota dan pemimpin Umno agar tidak memandang mudah soal solidariti khususnya berkaitan dengan penubuhan parti baru.

“Kita jangan memandang mudah soal solidariti ini kerana sejarah politik di negeri ini ketika Usno memerintah, sebuah parti baru telah ditubuhkan atas dasar kemarahan pihak tertentu dan telah mendapat kemenangan yang besar dalam pilihan raya umum,”katanya dan turut menyatakan bahawa Penubuhan parti baharu oleh bekas pemimpin Umno tidak akan menggugat Sabah sebagai simpanan tetap BN.

Beliau turut mengingatkan semua pemimpin atasan Umno agar sentiasa prihatin terhadap kebajikan anggota akar umbi dan sentiasa turun padang bagi melihat permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

Hadir sama ketika majlis berkenaan Ketua Menteri Sabah selaku Ketua Bahagian Umno Libaran Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, serta empat lagi ketua bahagian Umno Zon Lima iaitu Tan Sri Ampung Puyun (Sandakan), Datuk Bung Moktar Radin (Kinabatangan), Datuk Samsudin Yahya (Batu Sapi) dan Datuk James Ratib (Beluran). /SayangSabah

KENANGAN... Zahid (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama barisan pemimpin Umno serta ahli parti yang hadir sempena majlis berkenaan

KENANGAN… Zahid (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama barisan pemimpin Umno serta ahli parti yang hadir sempena majlis berkenaan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan