Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,741

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Parti AKP menang besar

8:37am 03/11/2015 Pak Roshan 22 views Global
PENYOKONG AKP menyambut pengumuman kemenangan parti itu di Istanbul, semalam.

PENYOKONG AKP menyambut pengumuman kemenangan parti itu di Istanbul, semalam.

Istanbul : Presiden Recep Tayyip Erdogan semalam meraikan kemenangan besar partinya dalam pilihan raya Parlimen Turki dan mendesak dunia menghormati keputusan itu.

Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya mengejut Parlimen, membolehkannya memerintah bersendiriann, hanya lima bulan selepas gagal berbuat demikian.

Dengan semua undi siap dikira awal semalam, keputusan awal menunjukkan parti itu memenangi lebih 49 peratus undi untuk membolehkannya memperoleh kira-kira 317 daripada 550 kerusi Parlimen.

“Dunia perlu menghormati keputusan ini,” katanya selepas menunaikan solat di sebuah masjid dan menziarahi pusara ibu bapanya, semalam.

Dia merujuk kepada media Barat yang sering membuat liputan mengkritik dasar AKP sejak beberapa tahun lalu.

Recep mengadakan pilihan raya baru itu selepas Perdana Menteri Ahmet Davutoglu gagal membentuk kerajaan hasil daripada pilihan raya Jun lalu.

Pilihan raya kelmarin diadakan ketika keganasan melanda Turki, membabitkan pemberontak Kurdis dan Negara Islam (IS) dan Recep serta Ahmet bertegas menyatakan, hanya majoriti satu parti mampu mengembalikan kestabilan.

“Rakyat memilih kestabilan,” kata Recep.

Kebanyakan penganalisis sebelum ini meramalkan AKP tidak akan dapat memperoleh majoriti dalam pilihan raya kelmarin, seperti yang berlaku Jun lalu.

Analisis awal menunjukkan berjuta-juta pengundi yang sebelum ini memilih parti nasionalis dan pro-Kurdis, kelmarin mengundi AKP-/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan