Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Parlimen perlu menyediakan program bersepadu untuk ahlinya

Dr Patrick Matibini . Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah
Dr Patrick Matibini . Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Yang Dipertua Speaker Dewan Undangan Negara Zambia, Hon. Dr Patrick Matibini berkata bahawa Parlimen mempunyai peranan penting dalam menyediakan latihan profesional bagi setiap ahli anggota dalam sesebuah Parlimen itu.

Menurut Patrick, terdapat beberapa strategi yang boleh diambil oleh Parlimen termasuklah penyediaan latihan profesional bagi setiap ahli
dewan , meningkatkan keupayaan sesebuah Parlimen itu menerusi usaha meningkatkan lagi pengetahuan ahli dewan, serta mengukuhkan lagi demokrasi diantara ahli dewan.

“Kita inginkan setiap wakil-wakil rakyat dapat memberi sumbangan kepada semua masyarakat bukan sahaja semasa tempoh mereka menjadi wakil rakyat namun usaha untuk membantu rakyat juga perlu dilakukan jika mereka keluar dari Parlimen”, kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel yang ke 23 di Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Disamping itu, Patrick juga berkata program yang bersepadu perlu dilaksanakan bagi memberi motivasi kepada ahli dewan sekali gus
menunjukkan wang rakyat telah dibelanjakan dengan baik.- Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan