Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,648

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Parlimen: Peraturan Had Umur Beli Dan Kawasan Larangan Hisap Vape Akan Dilaksana – Hilmi Yahya

3:01pm 26/11/2015 Pak Roshan 65 views Isu Semasa,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan menambah peruntukan larangan menghisap rokok elektronik (e-rokok) atau vape ke dalam undang-undang berkaitan sebagaimana peraturan kawasan larangan menghisap rokok dan had umur membeli serta menghisap rokok, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

“Oleh kerana ia (vaping) merupakan fenomena baharu, maka kita akui undang-undang yang ada masih lemah. Dalam hal untuk mengawal penjualan vape ini kepada remaja bawah 18 tahun, di bawah Akta Kawalan Makanan 1983, kita sedang berusaha untuk menambah definisi rokok ini dengan ‘vape’.”

“Selepas peraturan dikuatkuasakan, hanya mereka berusia 18 tahun sahaja boleh membeli dan menghisap vape,” katanya menjawab soalan lisan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) pada persidangan Dewan Rakyat di sini Khamis.

Selain itu peraturan lain yang akan turut dilaksanakan ialah larangan menghisap vape di 21 kawasan yang diwarta menjadi kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Sebelum ini semua 20 universiti awam (UA) bersetuju agar penggunaan vape atau rokok elektronik diharamkan di kampus masing-masing sebagaimana rokok.

Menjawab soalan tambahan agar pengeluaran cecair vape di negara ini dilesenkan bagi mengawal dan memantau kandungan nikotin selain tidak dihadkan penjualannya di farmasi berlesen, Hilmi berkata perkara tersebut akan dibincangkan semula oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi mengendali isu e-rokok dan vape.

“Jawatankuasa ini juga akan mengkaji segala hasil kajian yang dijalankan oleh negara luar termasuk Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Juga termasuk mengkaji apakah kesan jangka panjang e-rokok dan vape ini kepada kesihatan dari semasa ke semasa,” katanya.

Semalam ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kerajaan akan menggubal undang-undang baharu bagi mengawal penggunaan vape terutama yang mengandungi cecair nikotin dalam perisanya.

Beliau berkata cecair nikotin yang terkandung dalam perisa vape merupakan bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan untuk rokok atau produk tembakau.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan