Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Parlimen Labuan tampil pertandingan 4 penjuru

Pertembungan 4 calon Parlimen Labuan.. dari kanan Ahmad Junid, Halim, Rozman dan Siti Zaleha.

LABUAN– Parlimen P.166 Labuan menyaksikan pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 iaitu Barisan Nasional (BN), Parti Warisan, Parti Harapan Rakyat Sabah , dan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Bagi parlimen Labuan, calon BN yang merupakan penyandang kerusi parlimen tersebut, Datuk Rozman Isli, 54 tahun, tiba di Pusat Penamaan Calon pagi tadi bagi mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.00 pagi yang mana Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan merupakan pencadang dan disokong oleh Wan Abdul Rahim Wan Abdul Rahman.

Parti Warisan pula meletakkan calonnya Noor Halim Zaini, 54 tahun,yang merupakan anak kepada bekas Adun DUN Sabah iaituk Datuk Zaini Mat Isa sementara Ketua Bahagian Parti Harapan Rakyat  Sabah Parlimen P.166 Labuan, Siti Zaleha Ibrahim 61 tahun pula mewakili Parti tersebut.

Parti PAS pula meletakkan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Labuan, Ustaz Ahmad Junid Mohamad Aling, 51 tahun sebagai calon PAS bagi pertembungan empat penjuru tersebut.

Menurut Pegawai Pengurus Pilihanraya bagi P.166 Labuan, Raisin Saidin, beliau berpuas hati dengan kelancaran pendaftaran kertas pencalonan yang diadakan di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan dengan suasana tenang dan lancar.

Malah, tiada calon yang ditolak borang permohonannya dan diharapkan para calon dan penyokong sentiasa mematuhi peraturan Suruhanjaya Pilihanraya khususnya semasa dalam tempoh berkempen hinggalah pada hari membuang undi.

Jumlah pengundi di Parlimen P.166 Labuan adalah seramai 28,356 Pengundi yang mana terdapat 17 buah sekolah yang akan terlibat pada proses pembuangan undi nanti yang mana dua dari jumlah tersebut merupakan Kolej Matrikulasi Labuan dan Kolej Vokasional Labuan, tambah Raisin lagi.-Penerangan Labuan

Komen


Berita Berkaitan