Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,782

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Parlimen Greece sokong iktiraf Palestin

11:53am 23/12/2015 Pak Roshan 1 views Global
SEORANG lelaki menghiasi pokok menggunakan kanister gas yang didakwa ditembak oleh tentera Israel ketika bertempur dengan orang Palestin, menjelang Krismas di Baitulmaqdis. -

SEORANG lelaki menghiasi pokok menggunakan kanister gas yang didakwa ditembak oleh tentera Israel ketika bertempur dengan orang Palestin, menjelang Krismas di Baitulmaqdis.

Athens: Parlimen Greece semalam meluluskan ketetapan yang menggesa kerajaan mengiktiraf negara Palestin dalam satu sidang khas yang dihadiri Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Presiden Parlimen Nikos Voutsis berkata, semua anggota Parlimen menyokong ketetapan itu yang turut menggesa kerajaan mengambil langkah diplomatik bagi membantu rundingan damai Palestin-Israel disambung semula.

Kerajaan Greece bagaimanapun tidak terikat dengan kelulusan berkenaan.

Dalam rundingannya dengan Mahmud sebelum itu, Perdana Menteri Alexis Tspiras berkata, Greece tidak lagi akan menggunakan Pihak Berkuasa Palestin dalam dokumen rasmi, sebaliknya hanya Palestin.

Katanya, lawatan Mahmoud ke Greece adalah tanda pengukuhan hubungan bersejarah antara kedua-dua pihak.

Greece menjalinkan hubungan lebih rapat dengan Israel sejak beberapa tahun kebelakangan, khususnya dalam sektor tenaga dan pada masa sama mengekalkan hubungan baiknya dengan Palestin.

Tspiras juga memberitahu, Greece akan menentukan waktu paling sesuai untuk mengiktiraf negara Palestin. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan