Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Parkson rancang tambah cawangan

Pengurus operasi Parkson Imago, Lee Sui Ying(kiri) bergambar bersama Pengurus cawangan Parkson Imago , Mason Ng (kanan)
Pengurus operasi Parkson Imago, Lee Sui Ying(kiri) bergambar bersama Pengurus cawangan Parkson Imago , Mason Ng (kanan)

KOTA KINABALU – Parkson Coporation Sdn. Bhd. mempunyai perancangan untuk menambah tiga lagi cawangannya pada tahun ini.

Menurut Pemangku ketua Pegawai Operasi, Law Boon Eng, pihaknya merancang untuk menambah cawangan di Kuching Sarawak, Kedah dan Lembah Klang, Selangor.

“Cawangan parkson sudah dibuka di lima buah negara, manakala Malaysia mempunyai 42 cawangan termasuk Parkson di pasar raya Imago yang baru dibuka pada hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita semasa pelancaran cawangan pasar raya Parkson baharu itu.

Katanya, Parkson juga mempunyai 56 cawangan di China, Vietnam (sembilan), 14 di Indonesia manakala satu di Myanmar.

Sementara itu, pelancaran pembukaan cawangan baharu bagi pasar raya Parkson di pusat beli-belah Imago disambut meriah dengan pertunjukkan tarian singa dan tawaran potongan harga barangan di pasar raya itu.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

persembahan tarian singa
persembahan tarian singa

Komen


Berita Berkaitan