Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Paranormal Record lancar lagu “Kaamatan”

6:07pm 13/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 23 views Tempatan
Barisan artis Kumpulan 'Urang Kita'. Kelihatan dari Kiri, Azmil, Didi, Faizul, Shalyn dan Sean. Foto: Jimmy Tan

Barisan artis Kumpulan ‘Urang Kita’. Kelihatan dari Kiri, Azmil, Didi, Faizul, Shalyn dan Sean. Foto: Jimmy Tan

KOTA KINABALU- Paranormal Record Sdn Bhd melancarkan sebuah lagu Kaamatan yang berjudul ‘Kaamatan’, semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Paranormal, Prashan Chitty, lagu tersebut dinyanyikan oleh sebuah kumpulan yang dinamakan sebagai ‘Urang Kita’.

Katanya, kumpulan itu merupakan satu kumpulan yang terdiri daripada artis- artis kelahiran Sabah yang ditubuh khas untuk projek lagu Kaamatan yang bakal menjelang hujung bulan Mei ini.

“Pemilihan artis untuk menubuhkan kumpulan ini sebenarnya tidak susah.

“kami (Paranormal Record) hanya memilih artis kelahiran Sabah untuk projek tersebut dan mereka yang mampu memperkenalkan Sabah kepada orang luar,” katanya kepada pemberita ketika dalam satu sidang media sempena pelancaran lagu Kaamatan, di sini, semalam.

Hadir sama, Faizul Sany (Juara AF 10), Azmil Karim ( Mentor Legend ), Didi Astillah, Sean Vitales, dan Shalyn Zeita.

Selain itu, Faizul yang juga merupakan penulis lirik lagu itu berkata beliau ingin mengubah persepsi orang luar mengenai budaya masyarakat Sabah melalui lagu tersebut.

“Kami memilih rentak lagu yang moden adalah untuk menarik minat perhatian orang muda disamping memperkenalkan budaya masyarakat Sabah kepada orang luar,” katanya.

Sementara itu, syarikat Paranormal sedang mengorak langkah untuk menubuhkan sebuah syarikat rakaman dan pengurusan di daerah ini untuk pembangunan industri hiburan negeri ini.- Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan