Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Parah dirempuh pemandu mabuk

3:32pm 29/05/2016 Leolerry Lajius 2355 views Tempatan

 

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KOTA KINABALU: Seorang penunggang motorsikal patah tulang paha kanan dan luka di bahagian kepala apabila terbabit dalam kejadian kemalangan jalan raya  yang melibatkan Motokar jenis Perodua Kelisa dan Motosikal jenis Honda EX5 di Lampu Isyarat Pahlawan Jalan Kepayan awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal di tempat kejadian mendapati  motosikal jenis Honda EX5 ditunggang dari arah Petagas dan berhenti di Lampu Isyarat Pahlawan kerana lampu isyarat berwarna merah, tiba-tiba sebuah motokar jenis Perodua Kelisa yang dipandu dari arah pusat bandar Kota Kinabalu telah hilang kawalan lalu merempuh motorsikal tersebut.

“Akibat dari kemalangan tersebut penunggang motorsikal telah mengalami kecederaan dan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth  untuk rawatan kecemasan. Hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati penunggang mengalami cedera parah patah paha kanan dan luka di bahagian kepala.”

” Bagaimanapun penunggang motosikal dalam keadaan stabil. Pemandu motokar jenis Perodua Kelisa tidak mengalami sebarang kecederaan,”katanya.

Tambah Chandra, siasatan awal mendapati punca kemalangan ini berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu motorkar jenis Perodua Kelisa yang gagal mengawal kenderaan dengan baik kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan