Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,634

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Parah dihempap pokok getah

10:59pm 15/08/2016 Leolerry Lajius 1757 views Tempatan

TAMPARULI: Seorang lelaki parah kerana dihempap pokok getah dalam kejadian yang berlaku di Kampung Gaya Ratau, di sini, petang tadi.

Mangsa Gustin Munggai, 60 mengalami kecederaan yang parah kerana tersepit pada pokok getah berkenaan dan telah dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan bantuan penduduk kampung.

Mangsa kemudian diangkat menggunakan pengusung ke tempat yang selamat dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 7.43 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 20 kilometer itu pada jam 8.15 petang.

Operasi yang diketuai oleh PKPgB Mohd Asnan bin Led bersama lapan orang anggota itu tamat pada jam 9.00 malam. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Pasukan bomba menjankan operasi menyelamatkan mangsa.

Pasukan bomba menjankan operasi menyelamatkan mangsa.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan