Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Para peniaga disaran pasang CCTV

9:11pm 16/01/2016 Ann Vivien 21 views Jenayah,Tempatan
Raymond (kiri) memperkenalkan ahli Dewan Perniagaan Cina Keningau kepada Douglas.

Raymond (kiri) memperkenalkan ahli Dewan Perniagaan Cina Keningau kepada Douglas.

KENINGAU: Polis di sini menyarankan agar para peniaga di sekitar pekan ini memasang Kamera Litar Tertutup (CCTV) di premis perniagaan masing-masing bagi memudahkan polis mengesan dan menjalankan siasatan jika premis mereka dipecah masuk oleh penjenayah.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, ketiadaan CCTV di premis perniagaan atau rumah kediaman memudahkan penjenayah memecah masuk dan mencuri barangan berharga termasuk wang tunai kerana mereka menganggap sukar dikesan.

Tetapi katanya, jika premis perniagaan dipasang dengan CCTV, penjenayah merasa was-was dan takut jika mereka mengetahui premis berkenaan mempunyai CCTV.

“Kalaupun mereka (penjenayah) tidak menyedari adanya CCTV dan melakukan jenayah di premis yang mempunyai CCTV, ¬†polis mudah mengesan dan menjalankan siasatan terhadap penjayah berpandukan rakaman CCTV” katanya selepas dikunjungi oleh Dewan Perniagaan Cina Keningau baru-baru ini.

Ini katanya, terbukti dengan empat penjenayah yang berjaya dicekup polis selepas beberapa jam memecah masuk dan mencuri wang tunai dan barang berharga di salah sebuah premis perniagaan di pekan ini hasil pengeceman dan penyiasatan melalui rakaman CCTV.

Sehubungan dengan ini Ketua Polis Daerah itu menyarankan agar Dewan Perniagaan Cina di sini menggalakkan ahli-ahlinya untuk memasang CCTV bagi membantu pihak polis mengesan penjenayah sekiranya ada kes berlaku. Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan