Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Para KL2017: ‘Saya istimewa’

ATLET Malaysia, Eddy bernard (tiga dari kiri) berjaya merangkul pingat emas manakala Jacklon Ganding (kanan) pingat Perak pada acara 100m lelaki Akhir T37, Sukan Para Asean KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil. – Foto Osman Adnan

 

KUALA LUMPUR: Atlet kelahiran Sabah berusia 16 tahun, Eddy Bernard melaungkan “Saya Istimewa” sebaik menang emas acara 100 meter T37 (cerebral palsy) dengan catatan 12.45 saat di Stadium Nasional, hari ini.

Dia sememangnya istimewa kerana ia adalah Sukan Para ASEAN pertama buatnya dan terus meraih emas.

Esok, dia akan bersaing dalam acara lompat jauh dan berharap akan sekali lagi menyerlah.

“Saya memang menjangkakan emas dan saya berjaya melakukannya buat Malaysia. Saya rasa sangat istimewa dan berada di puncak dunia,” kata Eddy.

Dia dipilih berdasarkan persembahannya pada Kejohanan Para Malaysia Timur di Kuching, Ogos tahun lalu dan Eddy menang 100m dengan catatan 12.65s, selain perak acara lompat jauh dengan jarak 5.71 meter.

“Ini juga adalah catatan peribadi terbaik saya dan saya masih tidak percaya mendapat nombor satu dalam penampilan pertama saya di temasya ini. Ini memberi inspirasi buat saya untuk berlatih lebih kuat dan mengurangkan lagi catatan masa saya,” kata Eddy.

Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran, Sandakan itu mendapat inspirasi daripada pelari pecut Kanada, Andre de Grasse, yang menang perak dalam acara 200m serta gangsa, masing-masing dalam acara 100m dan 4x100m pada Olimpik Rio 2016.

“Pelari Kanada itu pelari yang tenang, dia sentiasa kelihatan seperti tidak tertekan. Saya mahu menjadi sepertinya. Saya mahu berlari setenang dia. Saya suka cara dia,” kata Eddy. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan