Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Para atlet Karate perlu bersedia sebelum SUKMA ke-18

7:51pm 30/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 43 views Sukan,Tempatan,YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan
Tawfiq beramah mesra dengan para peserta dan guru pengiring kontinjen dari Sekolah Rendah Kebangsaan Penampang dalam kejohanan tersebut. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Tawfiq beramah mesra dengan para peserta dan guru pengiring kontinjen dari Sekolah Rendah Kebangsaan Penampang dalam kejohanan tersebut. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menyeru kepada Persatuan Karate Sabah agar memastikan latihan para atlet sukan tersebut berjalan lancar dan sempurna bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 yang bakal diadakan di Sarawak pada bulan Julai depan.

Selain itu, beliau berharap agar sukan Karate menjadi salah satu sukan dapat menghadiahkan pingat emas kepada negeri ini dalam Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 yang akan diadakan di Sarawak mulai bulan Julai hadapan.

“Justeru itu, kita perlu berganding bahu untuk meningkatkan pencapaian negeri ini sekaligus menjulang nama negeri Sabah dalam temasya dwi-tahunan itu”, katanya.

Tawfiq berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian Kejohanan Karate Kadet Remaja bawah 21 ke-15 peringkat negeri, di sini, hari ini

Beliau berkata kejohanan sedemikian bukan hanya melahirkan atlet yang berpotensi namun ia dapat mendidik generasi muda agar seimbang dari segi kurikulum dan kokurikulum.

“Generasi muda khususnya pelajar harus digalakkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sukan agar pemikiran mereka setiasa terbuka dan berpandangan jauh”, katanya.

Beliau turut menasihati para atlet karate yang terpilih mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan pada bulan mas depan di Miri, Sarawak agar berlatih bersungguh-sungguh bagi memantapkan prestasi diri masing-masing.

Turut hadir, Presiden Persatuan Karate Negeri Sabah Datuk Wilfred Bumburing bersama Timbalannya Datuk Herman Tiangsoh dan Pengerusi Penganjur Kejohanan Joannes Joital @ Jonnas. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Tawfiq bersama para peserta dan Jawatankuasa Pelaksana Kejohanan tersebut. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Tawfiq bersama para peserta dan Jawatankuasa Pelaksana Kejohanan tersebut. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Tawfiq (tengah, baris depan) merakam gambar kenangan bersama pemenang-pemenang karate kategori lelaki pada Kejohanan berkenaan Turut serta, Wilfred (ketiga dari kiri), Herman (kedua dari kiri) dan Joannes (ketiga dari kanan). Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan