Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PAPAR DIRANCANG SEBAGAI HAB PENDIDIKAN SABAH

PAPAR: Kerajaan negeri merancang menjadikan daerah ini hab pendidikan dalam usaha mengembangkan bidang pendidikan di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya sudah mengarahkan Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah mengenalpasti perkara itu agar dapat dilaksanakan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan nelayan kepada salah seorang penerima sempena Majlis Sentuhan Kasih dan Kenduri Sekampung di Papar. -Gambar SNT/ Mohd Nazllie Zainul-

Mohd Shafie berkata sebahagian besar kerangka cadangan berkenaan adalah membina sekolah vokasional, politeknik dan pusat latihan di daerah Papar.

“Daerah ini memerlukan lebih banyak tempat pendidikan seumpama ini agar kita dapat melatih serta mendidik generasi muda dengan pelbagai kemahiran tertentu selaras dgn keperluan industri semasa.

“Antara industri kian mendapat perhatian kini adalah automotif dan cari gali yang banyak menawarkan peluang pekerjaan. Oleh itu, kita harus selaraskan jenis latihan yang perlu diberikan agar mampu memenuhi kehendak pasaran.

“Kita mahu generasi baru ini diberi penakanan untuk memiliki pengetahun dan kemahiran serta boleh supaya mereka mampu memasarkan diri masing-masing dalam bidang pekerjaan.

“Mungkin sebelum ini ramai beranggap hanya individu berjaya masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sahaja berpeluang membina masa hadapan namun melihat situasi kini, tanggapan seperti ini dilihat kurang relevan,” katanya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tiga dari kanan) bersalaman dengan penduduk setempat sempena Majlis Sentuhan Kasih dan Kenduri Sekampung di Papar, hari ini. Gambar SNT/Ihsan JKM

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat ke salah sebuah rumah penduduk daif di Kampung Kuala Dalam, hari ini.

Sebelum itu, Mohd Shafie turut merasmikan Majlis Sentuhan Kasih dan Kenduri Sekampung di Masjid Raudhatul Ilmiah, Kampung Kuala Papar.

Sementara itu, beliau menyatakan kerajaan negeri turut merancang setiap daerah di seluruh negeri mempunyai hab tersendiri agar boleh memberi sumbangan kepada peningkatan ekonomi serta pembangunan negeri.

Mohd Shafie berkata salah satu bidang boleh dimajukan adalah pertanian kerana Sabah memang terkenal memiliki potensi cukup baik dalam industri itu selain masih banyak tanah yang mampu diusahakan serta subur.

“Rugi sekiranya kita tidak memanfaatkannya kerana banyak tanak khususnya di kawasan kampung belum dibangunkan.

“Bagaimanapun, mungkin kerajaan boleh membantu golongan petani bagi melihat tanaman bersesuaian serta ada permintaan tinggi di pasaran agar mendapat pulangan lumayan,” katanya. -SabahNews Today-

Komen


Berita Berkaitan