Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,793

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pantau Pergerakan Anak-Anak Tangani Isu Buli – Jainab

jainab

KOTA KINABALU : Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid meminta ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka bagi membendung gejala buli.

“Ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak sama ada di dalam atau luar sekolah. Ambil tahu apa yang mereka tonton dan dengan siapa mereka berkawan,” katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan rasmi ke Sekolah Dalam Hospital di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.

Jainab mengulas mengenai kes buli yang berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Putatan baru-baru ini.

Kejadian buli dalam klip video berdurasi 28 saat itu, yang dirakam menerusi telefon bimbit, menunjukkan aksi seorang murid lelaki lengkap berpakaian seragam sekolah agama membelasah mangsa di dalam sebuah bilik darjah.

Mengenai langkah bakal diambil kementeriannya berhubung kes buli itu, Jainab berkata pihaknya akan memberi khidmat kaunseling kepada kedua-dua pelajar terlibat.

“Pendekatan ini bertujuan mengetahui dengan lebih lanjut punca menyebabkan seorang pelajar itu bertindak memukul. Kita mahu memberi pengajaran bahawa kekasaran bukan jalan penyelesaian masalah yang baik,” katanya.

Jainab juga meminta semua pihak sama ada kementerian, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa agar berbincang dan berganding bahu untuk menangani masalah buli dan mengelak gejala itu daripada terus menular.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Dr Tan Bee Hwai dan Penyelia Sekolah Dalam Hospital, Asfar Abd Hamid.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan