Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pantau keselamatan Sabah, antara tugas Hishammuddin

2:54pm 17/04/2017 Pak Roshan 212 views Mutakhir,Nasional

MENTERI Pertahanan dan Menteri dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini, menjelaskan antara tugas utamanya sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas adalah untuk memantau keadaan keselamatan di Sabah.

Menteri Pertahanan itu berkata, perkara itu sudah dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat Kabinet minggu lalu.

“Ini (memantau) adalah satu daripada banyak tugas khas lain. Bagaimanapun, saya belum bersedia untuk mengumumkannya buat masa ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) Sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, beliau akan membantu Najib, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Pengerusi bersama Lembaga Penasihat Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Musa Aman.

Beliau yang akan ke Sabah minggu depan, berkata perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada Zahid dan Musa.

Sementara itu, Hishamuddin menegaskan sekali lagi kepada individu yang cuba melagakan beliau dengan Zahid supaya menghentikan tindakan itu.

Beliau berkata, pelantikannya sudah dimaklumkan pada mesyuarat Kabinet oleh Perdana Menteri yang turut disokong oleh Timbalan Perdana Menteri.

“Saya ingin mengulangi sekali lagi, jangan sekali-kali melagakan saya dengan Zahid. Hubungan kami dengan Kabinet dan Majlis Tertinggi (UMNO) sangat erat.

“Saya melihat ada pihak mempunyai agenda sendiri yang tidak mahu melihat kita merapatkan barisan dan pandang (maju) ke depan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Hishamuddin berkata, kerajaan akan memperkukuhkan keselamatan di perairan Sabah dengan kerjasama nelayan, sebagai mata-mata pihak berkuasa yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. – BH ONLINE

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan