Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pantai Teringai bakal menjadi salah sebuah destinasi pelancongan di Sabah

10:22am 02/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 115 views Tempatan
Jelani ketika diwawancara oleh meda di Pantai Teringai

Jelani ketika diwawancara oleh meda di Pantai Teringai

MATUNGGONG- Pantai Teringai yang terletak di Matunggong bakal menjadi salah sebuah destinasi pelancongan di negeri ini setelah kejayaan perlaksaan program larian “Matunggong Challenge 2016 (MC 2016)” yang diadakan, di sini, kelmarin.

Program larian yang bertemakan “Run for a Cause” akan disenaraikan dalam kalendar pelancongan sukan di negeri ini dan acara tersebut telah diinisiatifkan oleh Dato’ Jelani Hamdam yang merupakan ahli parlimen Matunggong.

Menurut Jelani, beliau telah membincangkan perkara tersebut dengan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Seri Tawfiq Abu Bakar Titingan dan telah mendapatkan respon yang memuaskan dari Menteri.

“Beliau berkata bahawa beliau akan menjadikan acara ini sebagai sebahagian daripada pelancongan sukan di negeri ini dan beliau juga telah menyumbangkan sejumlah RM 3,000 untuk program tersebut yang mana bagi acara- acara yang biasa mungkin akan mengambil masa yang agak panjang untuk mendapatkan dana”, kata Jelani.

Jelani yakin bahawa acara tersebut akan membawa perkembangan yang pesat di kawasan Kg Teringai yang terletak 30 kilometer daripada Pekan Matunggong disamping meningkatkan potensi pelancongan di kawasan tersebut

“Dari deretan pasir putih sepanjang persisiran pantai, lautan biru dan pemandangan yang indah, pantai Teringai sememangnya mempunyai potensi untuk menjadi salah sebuah destinasi pelncongan di negeri ini”, tambahan beliau.

Menurut beliau lagi, persediaan bagi acara tersebut hanya mengambil tempoh masa kurang dari tiga minggu selepas penganjuran pertandingan futsal di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

“Saya bangga untuk mengatakan bahawa pihak penganjur mampu untuk menganjurkan acara-acara sukan dalam masa yang singkat yang mana selalunya program sebegini memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk membuat persediaan. Walaupun terdapat beberapa cabaran yang harus ditempuhi oleh pihak penganjur, namun tempoh persediaan singkat yang digunakkan bagi program tersebut merupakan satu kejayaan besar bagi pihak penganjur.

“Saya juga yakin bahawa akan ada lebih ramai lagi peserta termasuklah peserta dari luar negara akan mengikuti acara ini di tahun-tahun yang seterusnya setelah program ini disenaraikan dalam kalendar pelancongan sukan”, kata Jelani yang juga merupakan Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah
Lebih kurang 300 peserta yang datang dari pelbagai daerah termasuklah Ranau, Tamparuli, Beaufort, Tambunan, Kota Marudu, Kota Belud, Kudat dan Matunggong.- SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan