Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Panjat pagar curi bateri kenderaan tidak benar

3:27pm 14/07/2016 Leolerry Lajius 711 views Jenayah,Tempatan
Kenderaan yang menjadi viral di laman sosial.

Kenderaan yang menjadi viral di laman sosial.

KOTA KINABALU: Kejadian kecurian bateri kenderaan dan panjat pagar di kawasan Bandar Sierra, Manggatal yang diviralkan di media sosial pada 10 Julai yang lalu adalah tidak benar.

Pada hari kejadian, sebuah kereta jenis Proton Satria Neo berwarna putih bernombor “SAB 8329 C” telah di viralkan melalui media Sosial Facebook yang mengatakan kereta berkenaan telah terlibat dalam kes jenayah iaitu curi bateri  kenderaan dan panjat pagar rumah di kawasan Bandar Sierra.

Susulan daripada itu, pihak polis IPD Kota Kinabalu telah menghebahkan maklumat berkenaan kepada semua elemen pencegahan jenayah kawasan pentadbiran Daerah Kota Kinabalu bagi mengesan kenderaan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, pada 12 Julai  lebih kurang jam 6.00 petang, pihak polis telah menahan dan memeriksa kereta berkenaan yang dijumpai di Jalan Kolam, Luyang.

Hasil pemeriksaan mendapati pemilik kenderaan berkenaan adalah seorang lelaki berbangsa cina bersama isteri dan anak ketika ditahan.

“Pemilik kenderaan berkenaan sebelum ini telah membeli kenderaan tersebut pada 11 Julai lalu daripada seorang ejen penjual kereta terpakai di kawasan Penampang.”

“ Pada hari yang sama semasa pembelian kereta berkenaan, pemilik kereta telah menyedari kereta yang dibelinya telah di viralkan dalam media sosial Facebook terlibat dengan kes jenayah,”katanya.

Chandra turut menyatakan, laporan polis juga telah dibuat di balai polis Penampang untuk menafikan perbuatan jenayah tersebut.

“Siasatan polis mendapati tiada sebarang laporan polis yang dibuat berkenaan kes kecurian bateri dan panjat pagar di kawasan Bandar Sierra, Manggatal pada masa maklumat viral disebarkan,”katanya.

Susulan kejadian berkenaan, pihak polis menyeru  masyarakat agar tidak terlalu ghairah menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih berkaitan dengan kes jenayah di media sosial terutamanya melalui “Facebook” sebelum mendapat pengesahan daripada pihak polis yang berhampiran.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan