Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Panik tak tentu arah

RAKAMAN klip video muzik yang menimbulkan panik.
RAKAMAN klip video muzik yang menimbulkan panik.

Tirana (Albania): Seorang penyanyi R&B tempatan mencetuskan panik apabila video muzik dirakam untuk single terbarunya disangka serangan Negara Islam (IS) hanya kerana penarinya memakai baju ala ‘Aladin.’

Antara yang pantas memberi reaksi di Albania akibat klip video Ronela Hajati itu, ahli Parlimen tempatan Mesila Doda yang turut memuat naik imej berkenaan di Facebooknya.

Bagaimanapun, polis yang bergegas ke tempat kejadian dan menghentikan lori yang dilihat membawa ‘pengganas’ berkenaan rupanya cuma pelakon dan penari yang berpakaian seperti watak kisah dongeng Aladdin serta Ali Baba.

Semuanya mengambil bahagian dalam video muzik untuk lagu terbaru penyanyi berusia 26 tahun itu.

Penyanyi berkenaan menegaskan di akaun Facebooknya bahawa video itu tiada kaitan dengan IS dan menggesa orang ramai bertenang serta tidak panik tanpa sebab.

“Ia cuma video. Harap orang ramai bertenang. Saya bukan mahu menimbulkan huru-hara, dan ingin memohon maaf disebabkan salah faham terhadap rakaman video itu.

“Ia untuk lagu baru yang masih dalam proses rakaman dan tema video itu dibuat dengan mengambil kira iramanya yang ala Timur Tengah.

“Saya masih tidak faham bagaimana ia boleh disalahertikan, namun saya pasti apabila melihat video yang sudah siap anda akan faham kami bukannya cuba mengambil kesempatan dengan sebarang isu keganasan,” katanya.

Bagaimanapun ada yang tidak menerima permohonan maafnya, seperti jeta.0077 yang berkata: “Kamu menimbulkan ketakutan anak-anak kami dan memang sengaja mewujudkan huru-hara.

“Jika kamu bergantung kepada pakaian seperti itu untuk ‘melariskan’ klip video berkenaan, maksudnya lagu itu sememangnya gagal.” – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan