Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Panik seketika, pengunjung Centre Point berlari keluar

Pusat membeli belah Centre Point, Kota Kinabalu antara lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai. - Gambar Hiasan
Pusat membeli belah Centre Point, Kota Kinabalu antara lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai. – Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Orang ramai yang mengunjungi pusat membeli belah Centre Point di sini hari ini cemas seketika sebelum bertindak berlari keluar, selepas mendengar khabar bahawa bangunan itu bakal runtuh disebabkan oleh gegaran.

Selain itu, laporan yang mengatakan kononnya terdapat bom di dalam pusat membeli belah tersebut telah mengakibatkan suasana bertambah panik. Bagaimanapun, kesemua laporan yang tersebar dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang tadi itu disahkan sebagai palsu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, dua orang pengawal keselamatan yang bertugas di pusat membeli belah itu memaklumkan tidak mengesan sebarang elemen berkaitan laporan tersebut.

“Hasil temubual pihak polis ke atas beberapa individu mendapati laporan palsu itu tersebar di kalangan pengunjung melalui cara lisan sekaligus menimbulkan suasana cemas di kalangan orang ramai,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, Bilik Gerakan Ibupejabat Polis Daerah atau MERS 999 juga mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian tersebut.
Oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan