Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Panggilan kakak bukan bermakna saya hamil’

MAJLIS aqiqah dan cukur jambul Anggrek di Kelab Golf Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor. – Foto Nurul Shafina Jemenon

 

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Adira, menjelaskan dirinya belum lagi hamil walaupun tubuhnya ketika ini dikatakan kelihatan lebih berisi.

Menurutnya, ramai peminat membuat andaian beliau kini berbadan dua selepas melihat perubahan pada fizikalnya, apatah lagi dirinya dan suami, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, memanggil anak pertama mereka dengan gelaran kakak.

Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, 27, berkata, mereka juga tidak menyangka panggilan untuk Anggrek membuatkan sesetengah pihak tertanya-tanya, apakah anaknya bakal mendapat adik.

“Saya belum lagi hamil… Cuma mungkin wajah bulat dan badan yang tampak berisi membuatkan ramai membuat andaian sedemikian. Tambahan pula kami memanggil Anggrek dengan gelaran kakak.

“Sekiranya ada khabar gembira, pasti saya akan kongsi bersama semua orang. Sebenarnya, saya sendiri belum pasti (sama ada hamil atau sebaliknya) kerana sebelum ini pun, saya cuma sedar sedang berbadan dua apabila kandungan sudah masuk minggu kesembilan.

“Apa pun, terima kasih kepada peminat yang masih menyokong saya, dalam soal peribadi mahupun kerjaya. Alhamdulillah, Anggrek pun baru saja menyambut ulang tahun hari lahir pertama, beberapa hari lalu,” katanya kepada BH Online.

Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red, 40, pada 2015.

Dalam perkembangan terkini, penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia musim kelapan itu giat mempromosikan single terbarunya, Sembunyi, ciptaan Alif Sleeq.

“Sebelum saya memutuskan untuk merakamkan lagu ini, ada juga beberapa karya lain yang diterima. Namun, Sembunyi hadir tepat pada masanya kerana saya memang mencari lagu bersesuaian dengan kehendak muzik sekarang.

“Saya sangat tertarik dengan lirik dan melodi lagu ini, yang dilihat seperti memberikan nafas baharu kepada saya,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan