Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Panggilan Abang Man dekat dihati rakyat Labuan

LABUAN- Panggilan Abang Man kepada bakal calon Barisan Nasional Parlimen P.166 Labuan, Datuk Rozman Isli mendekatkan lagi beliau dihati masyarakat Labuan khususnya menjelang Pilihanraya Umum ke-14 nanti.

Ujar Rozman, nama Abang Man tersebut merupakan cetusan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan yang inginkan nama Abang Man tersebut dekat di hati masyarakat Labuan khususnya mendekati golongan muda di Labuan.

Beliau berkata demikian pada Program Abang Man Santai Basama Kitani..Adeh..Kilala Ku Atu di Balai Raya Kampung Gersik, di sini pagi tadi.

“Dengan panggilan mesra Abang Man tersebut, saya dapat berinteraksi masyarakat Labuan dengan lebih dekat lagi dan lebih mesra agar hubungan antara pemimpin dan masyarakat berpisah tiada,” ujar Rozman lagi.

Justeru “Program Abang Man” di setiap komuniti kampung dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh Labuan merupakan aspirasi beliau mendekati setiap anggota masyarakat dalam memastikan masyarakat Labuan terus memberikan sokongan terhadap Kerajaan Barisan Nasional untuk membawa Labuan terus mencapai kemajuan, tambah Rozman.

“Kita perlu pastikan majoriti kemenangan calon BN di Parlimen Labuan kali ini terus meningkat berbanding PRU-13 bagi memastikan mandat BN kali ini semakin kuat dan kukuh untuk memerintah Negara ini,” tambah Rozman lagi.

“Sudah tentu dengan mandat rakyat yang lebih kuat, pelbagai lagi kemajuan dan pembangunan infrastruktur akan mampu dilakukan oleh kerjaan BN khususnya di Labuan ini dan contoh yang paling penting bagi masyarakat Labuan adalah kelulusan pembinaan jambatan Labuan-Menumbok yang memberikan kesan yang besar terhadap pembangunan Labuan kelak,” Rozman menambah lagi.

Rozman optimis dengan kemajuan infrastruktur yang pesat, rakyat Labuan akan makin bertambah dan pada masa yang sama aktiviti ekonomi di Labuan akan semakin rancak yang akhirnya membawa pulangan yang baik kepada rakyat Labuan itu sendiri.

Turut hadir, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Labuan, Datuk Bashir Alias; Ketua Cawangan Umno Gersik Johan Shimin serta Timbalan Ketua Cawangan Umno Gersik, Hassan Haji Razali serta kepimpinan kanan UMNO Labuan.-Penerangan Labuan

Rozman (dua dari kiri) dan Johan (kiri sekali) memberikan sumbangan kepada warga Kampung Gersik.

Komen


Berita Berkaitan