Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,674

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pandu cuai: Warga emas didenda RM4,500 atau lima bulan penjara

8:11pm 17/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 22 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki warga tempatan didenda RM 4,500 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, disini, hari ini setelah mengaku salah terhadap pertuduhan alternatif iaitu memandu secara cuai .

Lise Bakkasa,63 telah melakukan kesalahan tersebut di pusingan ‘U’ Kampung Lokuk, Sepanggar memandu kereta jenis Toyota Hilux secara tidak cermat pada jam 11.55 pagi pada 30 Oktober 2012.

Lise dihukum dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987 yang memperuntukkan denda tidak kurang dari RM4,000 dan tidak lebih RM 10,000 dan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Menurut fakta kes, polis trafik yang bertugas menerima satu panggilan daripada orang awam mengatakan bahawa terdapat satu kemalangan di kawasan tempat kejadian, Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku apabila tertuduh membuat pusingan ‘U’ lalu dilanggar oleh seorang penunggang motosikal di laluan utama.

Dalam mitigasi, peguambela Sazalye Donol memohon agar tertuduh diberikan hukuman ringan kerana beliau seorang penganggur dan ini merupakan kesalahan pertamanya.

Terdahulu, tertuduh didakwa dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.

Selain itu, Majistret Stephanie Sherron Abbie memerintah agar lesen memandu diendors.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwaan Trafik, Inspektor Hanif Mamyudi. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan