Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pandikar tidak sepatutnya dibidas seperti beliau langsung tidak mempunyai pengetahuan mengenai MA63

KOTA KINABALU: Isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang ditimbulkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin baru-baru ini tidak sepatutnya dibidas seperti beliau langsung tidak ada apa-apa pengetahuan mengenai hal yang diperkatakannya.

Presiden Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu Abqaree Fawwaz Abekan berkata, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam kehidupan yang membuktikan keunikan dan bebas berpegang pada kepercayaan masing-masing.

“Saya percaya dia (Pandikar) sudah membuat kajian terperinci mengenai hal tersebut.”

“Beliau menemui fakta-fakta yang menyokong kepercayaan ataupun peganggan beliau terhadap MA63. Demikian juga para ilmuan-ilmuan sendiri yang mengkaji hal ini,”katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha dan kerja keras yang Pandikar lakukan sehingga terbitnya buku beliau “BERPISAH TIADA”.

“Beliau adalah diantara segelintir Pemimpin Barisan Nasional masa kini yang berani menjadi pencetus kepada kebangkitan pemimpin-pemimpin tempatan di Malaysia Timur untuk membuka ruang membincangkan hal tersebut.”

“Saya amat berdukacita dan sedih melihat beberapa Ahli Politik yang mengherdik dan memperkecilkan usaha murni beliau membawa serta menjadi pencetus untuk kita bersama-sama mengangkat isu MA63 ini.”

“Ini sesuatu yang agak kurang manis untuk anak muda contohi lebih-lebih lagi ahli politik tersebut seseorang yang berjawatan menteri di peringkat persekutuan,”katanya.

Tambah beliau, apabila menyentuh MA63 mungkin wujud perbezaan pendapat dan pandangan tetapi janganlah sama sekali menghina atau mencaci pandangan orang lain kerana perbuatan ini mencerminkan keperibadian seseorang itu.

Beliau juga menyarankan agar para pengkaji MA63 duduk semeja bincangkan perkara ini dan mencari titik persamaan berhubung perkara itu agar Malaysia Timur mempunyai suara mendesak kerajaan persekutuan untuk melaksanakan apa yang termaktub dalam perjanjian tersebut.

“Sabah dan Sarawak ini umpama adik beradik. Kekuatan kita di Borneo ini akan di lihat bila kita bersatu padu.”

“Suara kita, kuasa mendesak kita pasti akan dilihat oleh kerajaan persekutuan sekiranya kita bijak menyusun gerakan dengan memastikan kita di borneo ini bersatu padu punya satu suara.”

“Kita perjuangkan hak kita diplatfom yang betul di bawah Kerajaan Barisan Nasional.”

“Saya percaya anak-anak muda di Sarawak juga bersependapat dengan saya, cubit paha kiri, paha kanan terasa dan begitulah juga kami di Sabah apa-apa terjadi di Sarawak kami di Sabah turut merasakan,”katanya./SayangSabah

Abqaree Fawwaz Abekan (tengah) bersama ahli persatuan.

Komen


Berita Berkaitan