Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,717

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pandikar sangkal dakwaan Tun Mahathir

3:57pm 10/11/2016 Pak Roshan 43 views Mutakhir,Politik
Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (kiri) dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (kiri) dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Parlimen hari ini tidak lagi demokrasi seperti zaman beliau menjadi Perdana Menteri.

Pandikar berkata, media sendiri dapat lihat bagaimana perjalanan persidangan Dewan Rakyat berlangsung setiap hari dan boleh menilainya.

“Anda (media) dapat lihat ketika Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berhujah dalam masa 30 minit diberikan, tiada gangguan yang diterima daripada saya dan timbalan.

“Sekiranya ahli mengikut peraturan mesyuarat, mereka tiada masalah untuk berhujah tetapi kalau tidak ikut arahan, Speaker akan suruh berhenti atau akan diganggu oleh Ahli Parlimen yang lain,” katanya pada sidang media di Parlimen, sebentar tadi.

Pandikar berkata, masalah kebebasan bersuara juga wujud ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 1988 apabila berlaku krisis Perwaja Steel membabitkan kerugian RM10 bilion.

Ketika itu, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang ada membuat usul tetapi ditolak oleh Speaker, Tun Dr Mohamed Zahir Ismail. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan