Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pandelela, Nur Dhabitah Layak ke Final

pandalela
Rio, 18 Ogos – Dua atlet penerjun negara, Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah layak ke final acara terjun 10 meter platform individu wanita selepas masing-masing menduduki tempat ke 6 dan 11 dalam semifinal acara tersebut sebentar tadi.

Pandelela meraih 336.95 mata manakala Nur Dhabitah pula meraih 307.65 dalam acara itu sebentar tadi.

Tempat pertama dimiliki oleh atlet dari China, Si Yajie dengan mata 389.30. Tempat kedua pula dimiliki oleh atlet US dengan kutipan mata 367.00 manakala tempat ketiga menjadi milik atlet China, dengan kutipan mata 362.40.

Perlawanan akhir acara itu dijadualkan berlangsung pada jam 3.00 pagi waktu Malaysia.

Komen


Berita Berkaitan