Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pandangan bernas belia bantu rangka halatuju pembangunan negara

Hamisa Samat (tengah) menerima cendera kenangan daripada penganjur.
Hamisa Samat (tengah) menerima cendera kenangan daripada penganjur.

TAWAU – Generasi muda perlu bersedia menghadapi cabaran pertarungan minda dan perubahan persekitaran yang begitu pantas bagi memastikan kemerdekaan negara dapat terus dikekalkan.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi negeri, Datuk Hamisa Samat, mengingatkan mereka agar tidak mengambil ringan perkara itu kerana segala pencapaian negara akan lenyap dalam sekelip mata akibat pelbagai ancaman seperti rusuhan, keganasan dan sosial yang boleh tercetus dengan mudah.

Beliau berkata, rakyat tidak boleh leka dengan perkara-perkara yang kurang membawa manfaat, sedangkan dunia kian berubah dan perlumbaan untuk menempa kejayaan berterusan dalam semua lapangan berlangsung tanpa henti.

“Pada fikiran saya, ancaman kepada kemerdekaan pada masa ini terdapat dalam pelbagai bentuk. Apabila sesebuah negara itu lemah dari segi tidak mampu meletakkan pandangannya di hadapan, itu bukan kemerdekaan yang sebenar.

“Apabila sesebuah negara itu tidak mampu merencanakan hala tujunya disebabkan tekanan daripada pihak lain dan apabila rakyat dipaksa untuk menerima idea orang lain, itu bermakna kemerdekaan negara itu telah benar-benar terhakis,” katanya semasa sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Kalabakan, Tawau di sini hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu itu, kemerdekaan yang dicapai pada hari ini harus dinikmati oleh generasi muda dengan memberikan pandangan dan merangka hala tuju sendiri dalam membangunkan negara.

“Dalam proses itu, negara ini telah mendapat penghormatan dunia. Tetapi bagi mengekalkan perkara itu, kita mesti benar-benar bersedia dan mempunyai cukup kelengkapan.

“Senjata yang paling ampuh ialah ilmu pengetahuan kerana ia merupakan kunci kepada inovasi, diplomasi yang berkesan, perancangan ekonomi yang berjaya dan pembinaan struktur sosial yang berkesan,” ujarnya. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan